Cara Mudah Kira Cukai Pendapatan Anda

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Jumlah Pendapatan – Pengecualian Cukai – Pelepasan Cukai yang Dibenarkan – Potongan Cukai = CUKAI PENDAPATAN

Gaji minimum dikenakan cukai pendapatan adalah RM 34000/setahun atau RM 2834/sebulan (selepas pemotongan KWSP). Kepada mereka yang telah mencapai had yang ditentukan, perlu membuka fail dan menyerahkan boring taksiran kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Pendapatan bercukai dikira dengan menambahkan semua pendapatan yang diperoleh (gaji, dividen, hasil sewaan, royalti, ganjaran, hadiah). Ditolakkan dengan pengecualian cukai, pelepasan cukai yang dibenarkan dan potongan cukai

Pengecualian cukai (kadar pengecualian berdasarkan kadar yang ditetapkan) :

  • Kemudahan perjalanan
  • Manfaat kesihatan dan perubatan
  • Bayaran gratuity
  • Pampasan
  • Pencen
  • Biasiswa
  • Bayar persembahan kebudayaan
  • Faedah, Dividen, Royalti
  • Bayaran Kepakaran
  • Pendapatan hasil kajian saintifik
  • Elaun Perjalanan

Kadar potongan cukai adalah 7% daripada jumlah pendapatan bercukai.

Contoh pengiraan cukai pendapatan:

Pendapatan Tahunan Ramli:

  • Gaji Tahunan: RM 70000
  • Dividen ASB: RM 1700 (dikecualikan cukai)
  • Dividen Tabung Haji: RM 1000 (dikecualikan cukai)
  • Kerja Lebih Masa: RM 13000
  • Hasil Sewaan: RM 10500

JUMLAH KESELURUHAN = RM 101200

Ramli juga mempunyai pelepasan individu RM 8500caruman KWSP RM 6000 dan takaful perubatan RM 2500 sebagai pelepasan cukai.

Pendapatan Bercukai Ramli: pendapatan tahunan – pengecualian cukai – pelepasan cukai

RM 101200 – RM 1700 (ASB) – RM 1000 (TH) – RM 8500 (individu) – RM 6000 (KWSP) – RM 2500 (takaful)

RM 81500

Ramli juga membuat derma kepada badan-badan yang diiktiraf sebanyak RM10000, maka beliau layak menerima potongan cukai 7%.

Potongan cukai: 7% × RM 81500 = RM 5670

Jumlah pendapatan bercukai Ramli adalah sebanyak: RM 81500 – RM 5670 = RM 75 330

Kadar Cukai

Kadar cukai adalah ditetapkan oleh kerajaan, dan sebarang perubahan kebiasaannya diumumkan semasa pembentangan bajet negara pada Oktober setiap tahun.

Contoh cara pengiraan cukai:

kiraan cukai pendapatan

Untuk kes Ramli di atas, pendapatan bercukai RM 75330 (RM 70 000 + RM 5330)

Jumlah cukai: RM 4600 (untuk RM70000 pertama) + RM1119.3 (21% × 5330) = RM 5719.3

Masih pening dalam bab pengiraan ni? Kalau silap kira, dikejar oleh LHDN nanti. Haa, jadi jika anda ingin mendapatkan servis pengiraan cukai anda secara tepat dan kemas, anda boleh menghubungi kami.

× Apa yang boleh saya bantu?