Pelepasan Cukai Bagi Tahun 2021

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Apa itu Pelepasan Cukai?

Pelepasan cukai merujuk kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh kerajaan untuk penolakan cukai bagi tahun taksiran berkenaan. Kalau nak tahu apa lagi pelepasan cukai yang ada, anda boleh ke laman web LHDN

Ia adalah untuk meringankan beban kewangan golongan pembayar cukai. Dengan ini, cukai pendapatan yang dikenakan terhadap seseorang dapat dikurangkan. Seseorang individu dapat jimat sejumlah wang yang besar jika ia dirancang dengan betul.

Perkara penting yang perlu diketahui tentang pelepasan cukai :

Tujuan : Ia dilaksanakan untuk mencapai matlamat tertentu seperti meningkatkan pelaburan, mendorong peningkatan produktiviti, atau membantu sektor tertentu yang memerlukan bantuan.

Jenis : Ia boleh dikenakan kepada jenis cukai yang berbeza seperti cukai pendapatan, cukai harta, cukai perdagangan dan lain-lain.

Had masa : Biasanya mempunyai had masa tertentu, contohnya selama beberapa tahun, jadi syarikat atau individu mesti memanfaatkannya semasa tempoh sah.

Kesan cukai : Ia boleh memberi kesan negatif ke atas hasil kerajaan daripada cukai, tetapi ia juga boleh membantu meningkatkan aktiviti ekonomi dan mengembangkan pekerjaan sekali gus memberi kesan positif kepada hasil cukai masa hadapan.

Penilaian : Ia perlu dinilai secara berkala untuk menentukan sama ada matlamatnya tercapai dan sama ada ia memberi kesan positif atau negatif kepada ekonomi dan kewangan kerajaan.

Kategori Pelepasan Cukai

  • Pelepasan Individu
    • Individu kurang upaya (OKU) : RM6000
    • Individu dan saudara tanggungan : RM9000
    • Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
    • Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri : RM4000
    • Yuran pengajian diri sendiri : RM 7000
      • Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah
      • Peringkat sarjana dan doktor falsafah
      • Apa apa bidang kemahiran yang diiktiraf oleh ketua pengarah Pembangunan Kemahiran

  • Gaya Hidup, Perubatan dan Peralatan Berkaitan
    • Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000
    • Rawatan perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa : RM8000
    • Peralatan alat sokongan asas (Individu/Suami/Isteri/Anak/Ibubapa OKU) : RM6000
    • Gaya Hidup : RM2500
      • Pembelian bahan bacaan
      • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar, tablet
      • Bayaran langganan internet
    • Tambahan gaya hidup berkaitan aktiviti sukan : RM500
      • Tidak bagi jenis basikal bermotor
      • Bayaran keahlian gimnasium
      • Bayaran langganan internet
    • Pembelian peralatan penyusuan : RM1000
    • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Individu/Suami/Isteri/Anak) & Perbelanjaan rawatan kesuburan (Diri sendiri atau pasangan) : RM8000

  • Pelepasan Anak
    • Anak berumur 18 tahun ke bawah : RM2000
      • Belum berkahwin
    • Anak berumur 18 tahun ke atas : RM2000
      • Menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
    • Anak berumur  18 tahun ke atas : RM8000
      • Belum berkahwin
      • Belajar di IPT (Diploma dan ke atas)
    • Yuran Taman Asuhan kanak – kanak/ tadika berdaftar : Rm3000
      • Berumur 6 tahun dan ke bawah
    • Anak kurang upaya : RM8000
    • Tambahan bagi anak kurang upaya : RM8000
      • Belum berkahwin
      • Belajar di IPT (Diploma dan ke atas)

  • Caruman dan Sumbangan
    • Insuran nyawa dan KWSP
      • Individu penjawat  awam berpencen : RM7000
    • Selain penjawat awam
      • Insuran nyawa/takaful : RM3000
      • KWSP/Skim yang diluluskan : RM4000
    • Perkeso : RM250
    • Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000
    • Insurans pendidikan dan perubatan (Individu/Pasangan/Anak) : RM3000
    • SSPN (Tabungan Bersih) : RM8000

× Apa yang boleh saya bantu?